Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, December 22, 2010

Kolam Air Panas Bemban, Jasin, Melaka


Nama : Kolam Air Panas Bemban
Tempat : Kg Ayer Panas, Bemban, Jasin
Negeri : Melaka

Peta ke Air Panas Jasin (   klik   untuk besarkan atau   CTRL   +   klik   untuk bukak di new tab)... =)

Faham kan peta tu?... kalau x faham, sila e-mail kepada sy untuk dapatkan panduan secara bertulis ye. 

Kolam air panas Bemban ni juga dikenali sebagai Jasin Hot Spring.

Lokasi : Jalan Bemban - Kesang (kalau dari arah Bemban, kira-kira 800 meter lepas turun jejambat melintasi highway PLUS, masuk susur sebelah kiri... jangan risau, ada papan tanda kat situ (kalau x dirosakkan orang la). =)

Waktu operasi: 9 pagi - 12 malam.


Menurut batu peringatan yang terletak kat situ, kolam air panas ni telah dibuka semenjak dari tarikh 8 Mei 1884. Semenjak kali pertama sy datang, sehinggalah kini entah kali ke berapa ni, batu tu masih ada kat situ. Boleh lah tengok kalau korang pergi sane nnti.

Semalam, sy dengan family sy gi kat air panas ni. Mula-mula nak gi dengan jiran, pastu jiran tu x jadi pergi... so kitorang je lah pergi.  

Gerak dari rumah lebih kurang pukul 9.45 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui bandar Jasin.

Bayaran masuk?... kalau dewasa RM5.00 kalau x silap... kanak-kanak RM2.00... (agaknya lah sebab total kitorang RM27 - 5 dewasa dan 1 kanak-kanak).

Kawasan kolam renang air mineral.



Dulu, masa kecik2 (mula nak flashback nih)... first time sy datang sini, tempatnya takde la macam ni. Dulu cuma ada perigi air panas yang asal kat seberang sungai tu dengan rumah mandian je. Nak masuk kawasan perigi tu pun kena mintak kunci kat penduduk berdekatan. Tapi sekarang tak lagi. Sekarang kawasan ni dah lengkap dengan macam2 kemudahan. Dah ada kolam renang, gelongsor besar untuk budak2, dan lain-lain lagi. Seronok tau. Entah berapa kali dah sy datang sini, tak leh kira dah. :)



 Bestnya jadik budak2... :P

Air panas semulajadi ni sangat baik untuk kulit sebab banyak mengandungi mineral. Antara mineral semulajadi yg terdapat dalam air ni ialah Magnesium (Mg), Phosphorus (P), Silica (SiO2), Sulphate , Boron (B), Calcium (Ca), Chlorin (Cl) dan Fluoride.


Penunjuk arah ke perigi air panas.
Jambatan ke perigi air panas.

Salah satu perigi air panas.

Keadaan dalam perigi air panas tersebut.

Ni kolam paling panas. Suhunya lebih 42 darjah celcius. Jangan ngada-ngada nak berendam badan kat sini. Panas tau tak, boleh bawak maut. Kui3. :)

 Kawasan rendaman badan air suam. Kat sini boleh la kalau nak rendam badan.


Sungai yang mengalir antara kolam mandi dengan kawasan perigi air panas.

Broadband dh sampai limit, so takleh nk cerita panjang2... Nak tengok apa lg yg ada kat sana? Nah, tengok gambar2 kat bawah nih:

Kalau nak mandi bukak tudung, boleh masuk tempat mandi wanita ni. Lelaki dilarang masuk ye. :P

Bilik menyalin pakaian juga disediakan, dan ada jugak untuk wanita.

Wakaf untuk berehat.


Penunjuk arah.

Kolam aktiviti kanak-kanak. Airnya paras betis je. Ha3..

Ada panduan untuk mandi air panas secara Jepun. Boleh lah ikut step2 yg diberikan ye. =)

Jangan terkejut. Air kolam ni bukan kotor. Tapi terlalu banyak mineral sampaikan warnanya jadi putih keruh mcm tu. Jangan risau, selamat untuk mandi malah baik untuk kulit. Ha3. 

Ni kolam mandi tambahan. Kalau hujung minggu memang ramai pengunjung, so bolehlah mandi dalam ni.

Sekian. Pergilah jalan-jalan sementara cuti masih ada ni ye. 

9 comments:

Unknown said...

Kolam air panas bemban nie ade tempat masak bbq tak ?

Unknown said...

Kolam air panas bemban nie ade tempat masak bbq tak ?

Hazman Amini said...

tempat bbq tak disediakan. tapi kalau ada bawa makanan dari rumah, ada pondok disediakan untuk berehat dan makan. :)

Unknown said...

Bro , ade nombor Telefon tempat tu tak ?

Hazman Amini said...

Cuba nombor ni.. :)

Air Panas Jasin,
Jasin Hot Springs.
Tel : O6-5210369

Unknown said...

Terima kasih bro :) nnti saya try okay .

Hazman Amini said...

Sama-sama. terima kasih juga sebab sudi baca blog ini. :)

Unknown said...

Bro,tak bole la .. Nombor lain ade tak ?

Hazman Amini said...

Maaf.. tu je yang ada. :)