Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, December 3, 2010

MAHA 2010, Serdang to Bdr Baru Bangi - 30 Nov 2010

Musim cuti sekolah ni, tak sah kan kalau kita tak pergi jalan-jalan. Macam x lengkap pulak cuti ni kalau duk terperap kat rumah je.

Haritu, time jalan2 kat sekitar Bandar Baru Bangi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dengan emak sy memang membangkitkan kenangan. cewah... :P


Hehe~... mcm jauh je berjalan kn?... =)


Haha.. actually, aritu, sy dan family sy pegi ke Ekspo MAHA 2010 kat Serdang. Ekspo ni berlangsung selama 10 hari, dari 26 November 2010 hingga 5 Disember 2010. So, sape2 yg agak2 nak pegi tu, anda masih berkesempatan la nak pergi. Ada 4 hari lagi sebelum tamat. =)

Siri pameran dwitahunan MAHA International & HPPNK 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA International & HPPNK 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA International & HPPNK 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA International & HPPNK 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.


MAHA  -  Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism. 
HPPNK - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan

Kalau nak tahu, MAHA 2010 ni diadakan kat Malaysia Agro-Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang atau dalam Bahasa Melayunya Taman Ekspo Pertanian Malaysia. Taman ni terletak kat sebelah Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat dengan MARDI.

Entri ni panjang sebab banyak gamba yg sy nak share... ni la padahnya bila dah pegang kamera... huishh... :P

Time sy sampai, jalan sudah sesak. Kami lalu jalan dalam UPM, pastu terus ke belakang.


Sesak betul, kereta berbaris lebih kurang 3 km sebelum dapat masuk ke MAEPS tu. Ditambah pulak dengan makhluk2 celaka yg x reti sabar, memotong barisan ikut kiri lagi lah menambah kesesakan. Tu la contoh2 rakyat Malaysia yang "bertanggungjawab" sangat tu. Asal sesak sikit memotong,.. asal sesak sikit memotong... mcm orang lain x sesak je. ish2...

Panjang gile barisan. :(

 Nak masuk parking kena bayar RM3 sekali masuk.

 Pintu masuk MAEPS

Dari jauh, sudah nampak orang berbaris panjang untuk naik tram yang disediakan untuk bawak pengunjung dari parking ke tempat pameran. Panjang betul barisannya, kalah panjang barisan orang kat ATM masa dapat gaji... :P

Barisan panjang sangat... sampai berpusing2...

Barisan panjang sangat3, padahal banyak traktor yg disediakan untuk bawak pengunjung tu. Itu menandakan ramai orang yg datang ke ekspo ni. So, malas nak beratur punya pasal, jalan kaki sudah... lgpun x jauh sangat pun tempatnya, lebih kurang 800 meter je dari parking tu. Tapi untuk orang tua memang penat la nak menapak. Sebab tu disediakan traktor untuk bawak pengunjung tu.

 Salah satu traktor yang disediakan untuk bawak pengunjung.

Sampai kat tapak ekspo, orang sudah ramai ibarat semut-semut di dalam sarang. Cewah... pepatah tak leh blah... rasa mcm Karam Singh Walia la pulak... kui3... tapak ekspo pun sangat luas, dan terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kategori.

Pemandangan kawasan ekspo dari atas bukit. Ni cuma lebih kurang satu perlima je daripada keseluruhan kawasan ekspo ni tau. he3~

First2 skali sampai, sy tinjau2 kat area pokok-pokok dulu. Ada macam2 jenis anak pokok yang dijual kat situ. Dan ada pulak pelbagai baka tumbuhan yang berkualiti dijual kat sini. Mak sy la yg suka merayau2 cari pokok kat sini. Nak tanam kat Panchor katanya. huhu~...


Then, dh merayau part tu, kami pergi kat part lain pulak. Sy masuk kat pintu pintu masuk apa ntah, ada palang pusing2 mcm nk naek KTM Komuter tu. Kat area ni pun ada lagi jugak gerai2 pokok. Dan kat sini jugak banyak gerai jual pokok orkid. Banyak betul sampai suasana jadik ceria sangat dengan bunga2 orkid mcm2 warna.

Ada KFC, Pizza Hut dengan Rasamas bergerak. Jual atas lori je.


Banyak jenis pokok dijual.

Gerai orkid.

Deretan gerai orkid

Macam2 jenis orkid dijual...

Eh2... ada pokok anggur lah!... :D

Dari tempat tu, sy pergi naik bukit ke dewan ekspo. Ada 4 dewan kat atas tu. Dewan A, B, C dan dewan D. Masa jalan nak naik bukit tu, terserempak dengan kereta tram yg dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sempat sy snap gamba beliau kat situ.

Terserempak dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yg tengah pusing2 naik tram.

First sekali sy masuk dewan D. Dalam tu ada pameran2 mengenai inovasi dan R&D dalam bidang pertanian ni.

Pintu masuk Dewan D

Gerai menjual biji benih jenis baru dan berkualiti tinggi.

Dalam dewan D ni, pada sy, yg paling menarik ialah bahagian Jabatan Pertanian. Ada pertandingan buah-buahan, sayur-sayuran, orkid, pertandingan terrarium, pameran landskap dan pameran buah-buahan nadir.

Buah nangka yg menang tempat pertama kategori buah nangka terbesar. Saiznya sebesar budak berumur 7 tahun tau. 

Buah-buahan nadir? Apa tu? haa... kalau nk tahu, buah nadir ni ialah buah-buahan tradisional yg dah jarang jumpa. Biasanya buah nadir ni banyak kat dalam hutan. Contohnya buah nipah, buah kelapa laut, buah apa ntah lagi. Mcm2 ada...

Buah kabung. Korang pernah makan x? Sedap tau tapi lekit2 sikit...

Kepada sape2 yg x pernah tengok, ni la buah nipah namanya ye. =)



















Gambar kiri: Sebahagian pokok orkid yang dipamerkan kat Jabatan Pertanian ni. Banyak tau... cantik pulak tu...
Gambar kanan: Adek sy yg suka bergambar kat landskap yg dibina di situ.

Tembikai gergasi... (belon je padahal)... :D

Ni pokok padi pelbagai baka... semua baka yg terbaik.

Tahu tak, saiz ayam tu lebih besar daripada bola sepak tau... kalau x percaya sila pergi tengok sendiri. :P

Tetiba ada lebah besar ni... kat gerai mana ntah... huhu~

Ada kolam ikan kat dalam Dewan D ni...

Bwah ni kat gerai MADA.
 Ada demonstrasi membuat nasi goreng guna produk keluaran MADA nih..

Kat pintu keluar ada skrin LCD dipancar kat atas lantai nih... menarik... (^^,)

Bawah ni pulak gerai Universiti Putra Malaysia (UPM) 
Ni bahan kajian diorang... nk buat apa ntah... huhu..

Dari dewan D, sy pergi ke Dewan C... kat sini ada pameran syarikat luar negara. Yg sy perasan, dalam ni banyak jual kain2, hasil kraftangan dari luar negara, dan peralatan pertanian dari luar negara. Kat sini sy x merayau lama... kejap je masuk, pusing skali pastu trus keluar.

Dewan B dan dewan A sy x masuk sebab dh pukul 1 lebih. Bukan sebab x sempat. Kalau nk masuk tu sempat je sebab leh buat smayang jamak (lebih 90 km), tapi sebab kaki dh x larat... lenguh tau.. adehh.. kalau nk tau, dewan B tu untuk pameran syarikat tempatan. manakala dewan A pulak ialah Agro Bazaar. Dewan A ni dari parking kereta lagi dah boleh nampak kain rentangnya. Dalam ni la ada macam2 makanan dan produk tempatan.

Dari dewan C, sy turun ke bahagian buah-buahan pulak. Mcm2 buah dijual kat sini, dh mcm pasar tani pulak. Pastu ada gerai2 jual produk2 daripada pertanian dan lain2...

Laluan nak naik bukit ke dewan... ramai gile orang yg datang...

Buat lempuk durian pakai mesin... sudah moden ye sekarang...


Kawasan ekspo sangat luas ye. Tak hairan la dapat pengiktirafan ekspo dan pameran terbesar kat Malaysia dan jugak di rantau Asia Tenggara ni. Lenguh kaki den nak menapak weyh...

Memang luas, boleh sesat dibuatnya... tapi ada peta, jgn risau... huhu~

Orang ramai sangat, x dapat nak merasa naik traktor ni... :(

Lebih kurang pukul 4 lebih, kami keluar dari kawasan MAEPS tu... tapi kena keluar ikut jalan belakang, terus masuk ke highway SKVE. Pastu terus ke Masjid UPM untuk solat.

Ni la masjid Universiti Putra Malaysia (UPM)

Dari Masjid UPM, sy jalan2 ke Kajang. Berbelit jugak jalan nak ke sana. Mak sy kata taknak lalu highway PLUS, so sy ajar la jalan ikut highway SILK (Kajang Dispersal Link)... dari UPM ke Kajang lalu SILK ni xde tol, asalkan tahu susur mana nak masuk, simpang mana nak belok... kalau silap leh sesat sampai Putrajaya, malahan leh sampai Cheras tau... jauh tu... huhu~

Jangan risau... kalau jalan dgn sy, insyaAllah x sesat jauh... paling teruk pun sesat2 sikit je... huhu~ :P

Sepanjang jalan, hujan turun dengan lebat. Time sampai kat Kajang, jalan dh penuh dengan air. Bukan banjir tapi air bertakung atas jalan. Ish3... teruk gile perparitan kat ctu... dah lama tak masuk bandar Kajang ni, dah lebih 5 tahun rasanya.

Jalan penuh dengan air... risau pulak kalau banjir kn... ish3...

Dari Kajang, nak ke Bandar Baru Bangi. Disebabkan hujan sangat lebat, terlepas simpang yg patut dilalui (sebab x nampak jalan)... then ada lagi satu simpang tulis Bandar Baru Bangi, bila masuk, lalu jalan menyusur bukit, tiba2 je kena belok masuk kat highway SILK balik, tapi menghala ke Jalan Semenyih. Last2 terpaksa jugak bayar tol kat Plaza Tol Bukit Kajang. RM1 je, x mahal pun... huhu~

Terpaksa lalu bandar Kajang lagi skali... pastu masuk jalan yg sepatutnya masuk masa mula2 td, iaitu Jalan Reko... jalan ni la yg menghubungkan UKM dengan Bandar Kajang. Dan jalan ni la yg pling sy ingat sebab nama jalan ni mcm KEROPOK LEKOR... hahaha... lapar sudaa~

Nampak ETS lalu masa kat depan Stesen Komuter UKM.

Pukul 5 lebih, kami sudah melalui hadapan UKM...


time ni la mak sy mula cerita2 masa dy belajar kat sini lebih kurang 10-11 tahun lalu... masa tu sy baru berumur 7 ke 8 tahun je ye... tapi ada certain2 benda yg sy still ingat lg... cthnya, dulu sy dngan keluarga sy slalu parking kat Stesen Komuter UKM dan naik Komuter kat sini, pastu gi jalan2 KL. Dulu mak sy masuk asrama kejap je, kolej apa ntah kat dalam UKM tu... dekat dengan padang golf katanya. Pastu mak sy sewa rumah kat belakang Komuter tu... sy boleh ingat lagi rumahnya kat sebelah mana, cuma entah ada lagi ke tak ntah rumahnya... Dulu kami sekeluarga selalu pergi Sate Kajang Haji Samuri kat Bandar Baru Bangi kalau datang sini... n lagi satu yg sy ingat, sy pernah duduk atas jambatan kat parit depan Masjid UKM tu tengok ikan2 yg banyak kat dalam parit tu masa mak sy konvo.

Dari UKM, kami pergi ke Bandar Baru Bangi, mengulangi nostalgia 11 tahun dulu (cewah.. :P)... kami pergi Sate Kajang Haji Samuri yg terkenal tu. Keadaan sekitar x banyak berubah (atau mungkin sy je rasa x berubah sebab baru pergi Bangi aritu)... Shell kat simpang masuk Sate Kajang Bdr Baru Bangi masih ada... pasar malam kat Bdr Baru Bangi pada setiap hari Selasa masih ada... cuma kalau x silap, dulu ada BSN kat sebelah Sate Kajang tu, skrg dh xde... mybe sebab dh ade cawangan kat Bangunan Unikeb kut.

Gerai Sate Kajang Haji Samuri kat Bandar Baru Bangi... masih sama mcm dulu...


Harga Sate Kajang masih sama (Ayam dan daging masih 60 sen secucuk)... kedudukan kedai satenya masih sama... keadaan kedai satenya masih sama... cuma pekerjanya je yg x sama (kalau perkerja sama mesti dh kerepot dh sekarang)... hoho~ :P




Sate beli bungkus je sebab susah nk dapat parking... lgpun hujan lebat time tu... best3...

Lepas beli sate, sy ajak ayah sy lalu jalan dalam pegi Seremban. Ayah sy x tau jalan, so sy kena jadi tour guide lg la... keh3... dari Bdr Baru Bangi tu, kena menghala balik ke UKM pastu belok kanan ke Bangi lama... time lalu kat traffic light Teras Jernang tu, sy terperasan sesuatu... ouh, kat sini la rupanya ye... haha... apakah itu? Takyah la tahu ye... :P

Pintu masuk utama UKM...

Jalan UKM - Bangi ni bengkang bengkok... selekoh tajam sangat3 menyusur ikut tepi hutan simpan UKM... tetiba terperasan, lorh, mcm mana MOSTI leh terselit kat celah hutan nih?? huhu~...

MOSTI - Ministry of Science, Technology and Innovation (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)

First time lalu jalan Bangi - Semenyih... terkejut gak sebab ingatkan jalan baru... rupanya jalan tu kecik je lalu kat dalam kampung... bengkang bengkok sangat adventure... I like... tapi risau jugak dengan hujan yg mencurah2 tu, bila2 masa je cerun bukit tu boleh runtuh tau...

Kat Petronas Semenyih.


Sampai kat pekan Semenyih... pekan Semenyih sangat sesak... dan baru perasan, dah ada highway LEKAS (Kajang-Seremban) tapi sy ajak ayah sy lalu jalan Mantin... dulu jalan tu sangat sempit dan bengkang-bengkok... lagipun jalan ni sangat curam... tapi sekarang sudah lebar dan landai... bukit curam dah ditarah kut... tapi pemandangan cantik... ada sungai pulak kat tepi jalan ni... rasa mcm nk berhenti je gi mandi kat situ... huhu~

Ni jalan Mantin-Seremban... dulu agak extreme jalannya, tapi sekarang sudah OK... 


Ada sungai yg cantik... bestnya...

Kat Seremban, kami terus masuk highway PLUS menghala ke Selatan... pastu singgah Melaka jap... pukul 11 lebih baru sampai rumah... huhu~

6 comments:

Zakiah Adun said...

MAHA mmg best~ tiba2 bangga jd warga UPM~ hehe

Cik P said...

wah!! best ar man..hehe...x dpt pegi dah baca & tgok gambar dlm blog nnie pun dah kira ok..teruja gak huhu... (^__^)

Hazman Amini said...

Kak Zakiah - hehe... silakan bangga sebagai warga UPM... siap ade gamba UPM tu... huhu~ :D

Kak ara - huhu... mmg best, gamba ni pun cuma sikit je yg dpat upload. cuma cuaca panas terik time tu, sangat penat nk pusing2... huhu~ .. xpe2... lain kali kalau ade lagi, boleh pegi. :D

NARUMI ISOZAKI said...

wahhh... mcm best jer maha ni.... rugi lak x g... huhu...

Hazman Amini said...

Zati - ish3... cmne ko boleh x pegi ni... kn ke ko lg dekat ngan situ... huhu~ :D

NARUMI ISOZAKI said...

huhu.. sbb skunx tgh cuti... hehe... lau x cuti... agknyer ak g laa... hehe