Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah surat tawaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dah sampai petang tadi... entah apa mimpi posmen tu anta surat pukul 3 lebih. Eh... pejam celik pejam celik, dah nak abis cuti... maka lepas ni bertapalah aku di bumi Batu Pahat tu lagi dan kami akan berjauhan lagi... Sure sy akan rindukan dia sangat2 lepas ni. :(

Blogger sangat sunyi sejak akhir2 nih... mengapakah?

Orang yg aku follow ramai tapi yg rajin update cuma 2 ke 3 orang jek. Nak kata cuti xde internet kat rumah, aku rasa ramai yg pakai broadband sendiri. Aku yg menumpang broadband orang ni pulak yg banyak update... huhu... tahniah la yek kepada mereka2 yg selalu mengupdate blog mereka dan mengelakkan aku kebosanan tatkala membukak blogger nih. Kak Ijah, Amni, lagi ade le 2 ke 3 pesen tu je yg rajin update... tahniah2... huhu3... Abang Sham (ondscene.my) pun dh bz jarang dapat update blog. x pelah... sy faham sebab kerja dy bukan duduk depan laptop je. Kalau tidak, memang tu je la blog yg aku jengah hari2... blog dy best. Banyak berita accident sekitar Lembah Klang yg kebanyakannya x masuk pun dalam berita akhbar atau TV. Lagi satu, berita dalam blog dy sangat pantas. Selalunya dalam sejam lepas accident berlaku, dy dah masukkan dalam blog. Tapi kalau rasa lemah semangat, better jgn tengok gamba2 dalam tu... nama pun on the scene kn... memang live la dari kawasan kemalangan... hu3.. =)


Tadi sy pegi Jabatan Pertanian Tangkak kat Jalan Solok. Kat situ setiap hari Khamis malam Jumaat ada jualan hasil tani.  Ada jual sayur-sayuran segar, buah-buahan, ada jugak makanan seperti kerepek, roti, kuih2, cendol dan macam-macam... orang Tangkak boleh la datang sini malam Jumaat ye. 

No comments: