Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, October 13, 2010

Masa kanak-kanak memang indah...

Masa sentiasa membawa kita ke arah kedewasaan...


Tetapi sejauh mana pun ia bawak kita, kenangan zaman kecik-kecik dulu tetap takkan pernah terpadam daripada ingatan. Tak kira la kenangan manis ke, kenangan pahit ke... Ada kalanya, bila mempunyai masa-masa terluang, seringkali sy mengimbas kenangan yg sy lalui pada masa lalu... 


Amat indah apabila sesekali cerita lama masih lagi ingin dikongsi bersama... (Kembali bernostalgia sejenak...)... kenangan pergi jalan2, kenangan masa raya atau puasa, kenangan dengan kawan2 mahupun kenangan dengan si dia... :P ... 


Saya pinjam ayat ni daripada satu laman blog Wordpress:



Ada orang kenangan di masa kanak-kanak ialah semasa dimarah oleh tok ketua kampung, kerana dia telah mencuri buah rambutan tepi jalan. Itu kan pengalaman yang tak baik. Tapi bila kita ingat-ingat balik, kita akan jadi ketawa. Sekarang bila kita bayang-bayangkan wajah tok ketua kampung itu, kita akan terus tersenyum sendiri. Betul?

Ada orang lain pula, pengalamannya di masa kanak-kanak ialah dirotan oleh gurunya. Dirotan sebab tak siapkan kerja sekolah. Tak siapkan kerja sekolah pula kerana pergi main pancing-pancing ikan kat tepi parit.
Benda-benda ni semua asalnya adalah pengalaman-pengalaman yang dilihat tidak baik. Tapi bila ianya berlaku di zaman kanak-kanak, serta merta ia akan menjadi suatu kenangan yang amat manis dan indah untuk diingat-ingat.




Masa kanak-kanak adalah suatu zaman di mana kita dikira bebas untuk buat apa pun sahaja. Lagipun, pada ketika itu, kita masih belum ada rasa tanggungjawab. Segala yang kita buat adalah ikut gerak hati yang kita nak. Jadi, kebiasaannya apa pun pengalaman semasa zaman kanak-kanak adalah kenangan yang terindah. kadang2, bila kita duduk2 mengimbas kenangan ni, rasa mcm nak balik ke zaman itu semula kn? :)


Korang ada kenangan x? Tipu la kalau takde kn... kalau xde kenangan, kira korang ni mcm alien la... haha~ :P


 Aritu ada kawan sy tag sy dalam satu gambar kat facebook... entah mana beliau dapat gambar tersebut, sy pun tak tahu... 


**Kepada Rasyidah, aku pinjam gamba ni kejap eh... hehe~ :)


Gambar masa belajar kat Taski Abim, jalan Hassan, Tangkak tahun 1996/7... (^^,)

Gambar yang penuh dengan kenangan... sy pun tak tahu gambar tu masih wujud sampai sekarang... kalau kita duduk sejenak dan mengira-ngira semula, tiba-tiba tersedar, zaman itu sudah berlalu kira-kira 13 tahun yg lalu... 


Saya rasa, daripada ramai2 mereka yg ada dalam gambar itu, x sampai separuh pun yg still in contact dengan sy... malah, sy sampai dh lupa pun siapa mereka ni, kat mana sekarang,... entah2 ada je kut antara mereka ni  yg sy jumpa banyak kali kat Tangkak ni tapi x kenal, so x tegur... lagipun Tangkak ni bukannya besar sangat pun... tapi apa pun, ramai gak yg dalam gambar ni yg sy masih hubungi... mybe ada lagi yg mereka2 kenal kut... dan dalam pada duk komen2 gambar tu, tetiba ada sorang mamat ni kena tag kat dalam gambar tu...


**sorry nip... aku rembat gamba ko satu... huhu~ :P


Sape mahu mengurat beliau boleh menghubungi sy melalui email ye... hahaha~ :P


Ya Allah... tak pernah sy tau pun bahawa mamat hensem merangkap jiran sy ni rupa-rupanya satu kelas dengan sy masa tadika dulu... hahaha~... 


Time2 mcm ni, tetiba terimbas la kembali kenangan masa zaman2 kenakalan sy dahulu (ala2 flashback dalam filem la)... zaman2 belajar kat tadika tersebut... :D


Teringat betapa takutnya kami dengan tandas yang dah runtuh sebelah tadika tu dulu....


Teringat macam mana kami main buaian papan sambil berdiri, yang hayun buaian laju2 sampai berhayun 150 darjah pun ada... 


Teringat macam mana kami jerit ramai2 nak panggil kawan2 masuk kelas bila waktu rehat tamat...


Seperti yang dikatakan tadi, semua tu dah 13 tahun berlalu ye... kalau tak silap, keadaan kat tadika tu pun dah berubah... 


Takde lagi buaian besi yang kami selalu main tu....
Takde lagi pondok kayu tempat kami selalu duduk2 dulu...
Takde lagi tandas buruk yang kami takut masa kecik2 dulu (dah repair)...


Zaman kanak-kanak memang amat menghiburkan.. kalau diberi peluang, nak je sy kembali ke zaman tu ye (tapi tak nak la pegi sekolah lagi)... haha~ :D

2 comments:

SyIDaH SaNi said...

haha..no probs la man.. ak x kesah..
hehe.. tu la.. lame gile kan pic ni..
kenangan zaman kanak2 dlu2.. rindu gile ngn suasana kt taski tu.. dgn kwn2 yg mcm2 rgm.. plus.. ak pn x tw c anip 1 kls ngn kite.. hehe..

Hazman Amini said...

Sekarang dh lain kn taski tu?... budak2 dh x main buaian besi yg tinggi mcm kita dulu... dh x main gelongsor papan mcm dulu... kalau tak silap sekarang diorang dh x main kat halaman taski kn... mcm kita dulu, serata kawasan taski tu kita rayau, x payah pagar pun... huhu~

Aku yang merupakan jiran beliau pun x tau anip tu satu taski... haha... serius sengal...

**aku sendiri pun tak ingat aku yg mana satu, yg kanan ke yg kiri... kui3... :P