Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, October 2, 2010

Happy Birthday sayang... (^^,)

Actually dh terlambat... tp x pe la... disebabkan aritu sy terlupa, maka sebagai denda, sy buat satu entri khusus untuk beliau...

Lgpun, better lambat drpd xde langsung kn...


Ok... 28 September 2010... saat sy sedang busy dengan exam LK dan Oral test, rupanya tanpa disedari, adek sy sudah masuk 9 tahun...

Maksudnya sudah birthday la tu...

Gambar latest... bru rakam time singgah Air Terjun Asahan lepas kenduri kahwin sepupu td... 

NAMA: MUHAMMAD HAMZI BIN MOHAMAD AMINI

TARIKH LAHIR: 28 SEPTEMBER 2001

**Saat entri ini ditulis, adek sy ini ada di sebelah sy smbil menjenguk2 lptop ni... mcm tau2 je sy tngah tlis entri pasal dy... :)

Sekadar untuk pengetahuan, walaupun beliau kelihatan normal, in fact, beliau adalah sedikit berbeza ye daripada kanak-kanak seusianya...

Semasa dilahirkan, adek sy ini menghidap penyakit jantung berlubang... disebabkan itulah, pada waktu itu kami sekeluarga kerap kali berulang-alik ke Kuala Lumpur sebab nak buat rawatan dan check-up kat Institut Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak. Dan selepas sakit jantungnya sembuh, kami tetap selalu pergi ke KL untuk rawatan lain pula...

Pernah dengar tak tentang Autisme?

"Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung."



Tak faham lagi? Baca ni:

"Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri sendiri."

Artikel dari Portal Rasmi Pendidikan Khas LMS -  http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1139

Yup... adek sy menghidap masalah Autisme ini... sebab tu la sekurang-kurangnya 2 kali setahun, kami akan ke Unit Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur sebab bawak si dia berjumpa doktor... 


Jangan salah sangka ye... saya tulis mengenai ini di ruang blog sy ini bukanlah untuk merendah2kan adek sy itu... sy cuma mahu orang ramai supaya faham akan kanak2 autistik ini... sy mahu orang faham tingkah lakunya, faham dirinya, supaya kalau terjumpa nanti tak de la mereka memandang jengkel dan pelik kepada kanak2 seperti ini... :)

Tapi sekarang, Alhamdulillah sudah ada banyak perkembangan tentang dirinya... antara perkembangan itu ialah:

1: Sudah pandai bercakap dan dy boleh relatekan perkataan berikut dengan takrifannya:
  • Gigi - semenjak gigi susunya tercabut (biasanya dy sebut sambil tunjuk gigi dy)
  • Kentang - dy akan sebut bila nak suruh orang gorengkan kentang sambil menghulurkan bungkusan kentang goreng kpd orang yg disuruh...
  • Megi - bila nak suruh orang masakkan maggi (juga sambil menghulurkan bungkusan maggi)...
  • Kencing - bila nak buang air, lepas tu terus lari ke bilik air...
  • Bangun - dy sebut time nk kejutkan orang dari tidur sambil goyang2 badan org itu (biasanya sy yg kena sebab dy nk sruh taip password lptop)... :P
2: Antara perkataan lain yg dy sudah selalu sebut:
  • Habis
  • Tu... (untuk menunjukkan sesuatu)
  • Nak... (untuk meminta sesuatu)

3: Sudah pandai bersalam dan cium tangan dgn orang lain...

4: Kalau sy nak ambik sesuatu barang tapi malas nak bangun, tunjuk je barang tersebut sambil cakap, "nak"... walaupun semalas manapun dy mahu bangun, nanti dy tetap akan ambilkan untuk kita... rajin kn?

5: Jgn terkejut dy juga pernah ikut bila mak sy sebut "Ya Allah"...

6: Sudah pandai cari bilik air dan sudah kurang main air...

7: Sudah pandai on dan off barangan elektrik seperti lptop, kipas, lampu... malahan kamera digital sy juga dy reti charge kan semula bila habis bateri...

8: Sudah faham bila nak gi jalan2 kena buang air dulu...

9: Dah pandai pakai selipar dgn betul (even kalau kita try tipu terbalikkan pun dy tahu)...
Gila kamera... :P   
10: Sudah pandai manja2 dengan kucing (padahal seksa kucing tu kena peluk)... hahaha~


Ok2... ada la beberapa perkembangan lain pada diri dy... malas nak tulis dah...

Apa pun keadaan dy...
Walau macam mana pun dy...
Walaupun sy slalu marah dy...

Dy tetap budak yg comel... dan sy sayang dy...

HAPPY BIRTHDAY... (^^,)

2 comments:

Chik Hana said...

rase nak nangis laa bace .
tertouching seketike .
seriously .

tnal_gaga said...

baru bace entry ni....terharu....
sesungguhnyer family kamoo t'golong dlm "the chosen one"...oleh DIA.......bkn sume org rse xperience mcm ni....:)