Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, October 24, 2010

Entri ke 102.. :D

Hoyeh2!!

First skali, ucapkan tahniah kepada penulis blog ini iaitu diri sy sndiri kerana telah mencapai entri yang ke-seratus pada 20 Oktober baru2 ini... entri yang bertuah itu adalah entri bertajuk -Tag? Apakah?-... sila berikan tepukan yg gemuruh ye... :P

Ok2... takde apa pun nak story pada saat ini... tapi untuk mengelakkan blog ini terbiar dengan sawang dan berdebu, maka sy try juga untuk tulis sesuatu...

Semalam, semasa bertolak balik ke Tangkak, sy perasan keadaan jerebu sudah beransur pulih... tandanya?... jarak penglihatan sudah meningkat... semalam sy dapat lihat Bukit Soga dengan jelas (takde la jelas mcm selalu tapi boleh la)... harap2 la keadaan semakin baik ye... risau jugak kalau jerebu, mesti macam2 penyakit yg timbul lagi2 dah nak dekat exam ni... mintak dijauhkan la ye...

Sudah boleh nampak jauh... =)

Mcm biasa, sy naik bas Cepat Ekspres pukul 3.30 petang... dalam bas, sy duduk sebelah seorang pakcik dari Indonesia... dia dalam perjalanan ke Kuantan sebab nak ambik kiriman daripada Indonesia yg dibawa oleh kawannya kat Kuantan tu... sepanjang perjalanan sy borak2 dengan dy... dia cerita pasal keluarga dia, ada anak tengah belajar ambik jurusan kedoktoran kat sana... pastu dia cerita pasal dia kat Malaysia dh lebih 20 tahun (sejak 1987)... pastu masuk pasal jerebu... dia kata, petani kat sana bukan sengaja nak bakar hutan, tapi disebabkan duit bantuan takde@tak sampai, so diorang terpaksa bakar hutan tu sebab kalau nak tebang, kena upah tebang lagi... diorang takde duit... x mcm kat Malaysia, kita ada macam2 bantuan untuk petani... contohnya Risda, Fama, dan lain2... pastu dia cerita pasal anak dia belajar kat sana, yg kerajaan tanggung cuma yuran pengajian je... itu pun dh ikat kontrak 5 tahun wajib berkhidmat dengan kerajaan sana... dan dia kata, kat sana, yg kaya terus kaya, yg miskin ni terus kena tekan... bila dengar dy cerita tu, rasa bertuah pulak kan kita ni lahir kat Malaysia ni... mcm2 kita dapat daripada kerajaan... 

Sy sampai kat Tangkak pukul 5.30 petang... lupa nak cerita... kembar sy ada balik Tangkak sempena study leave... so petang tu sempat la sy dan dia jalan2 berdua kat pasar malam dekat taman sy ni... dh lama x jalan berdua mcm tu dgn dia... slalunya sy sorang je...

Actually dy dah ada kat Tangkak semenjak Khamis lagi... dan malam td, sy sekeluarga pergi hantar dy kat bus stand Tangkak... dy naik bas Cepat Ekspres pukul 9.30 malam... sekarang Cepat Ekspres sudah maju ye... sudah guna bas 2 tingkat...


Time tunggu bas tu, terjumpa dengan bekas warden sy kat Institut Perindustrian Ledang dulu... ada sape2 kenal x Tuan haji Minhat?... dia adalah warden sy masa sy kat ILP dulu... dia sangat baik dan mengambil berat pasal pelajar dia... sy ingat lagi time sy demam teruk dulu... berapa kali entah dy datang dan tanya, dah sihat ke belum ke... dan lepas tu terus dy bagi cuti... oppsss... lupa pulak... kalau nak tahu, sy pernah belajar kat situ ye lepas SPM dulu... kejap je, cuma 6 bulan sebelum sy masuk IPG ni... dapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 bidang Automasi Industri, tapi sijil tu sy belum ambik pun lagi... huhu~

No comments: