Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, August 11, 2010

..::Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1431H::..

Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban.


Untuk tahun 2010 ini, 1 Ramadan jatuh pada hari Rabu 11 Ogos 2010. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... (Surah al-Baqarah: 185)

Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku semasa bulan ini. serta Selain itu, umat Islam juga digalakkan melakukan amalan-amalan soleh sepanjang bulan ini.

Bulan Ramadan biasanya disebut sebagai bulan puasa di kalangan penduduk setempat. Setiap kali bulan Ramadhan datang, ia banyak mengembalikan ingatan saya kepada zaman kecil-kecil dahulu, zaman kenakalan saya. Sememangnya, bagi saya, melalui bulan Ramadhan merupakan sesuatu yang sangat indah sejak dahulu lagi. Banyak kenangan sepanjang bulan tersebut yang saya masih ingat dalam fikiran ini.

Setiap malam pada bulan Ramadhan ini, umat Islam akan melakukan solat sunat Tarawikh. Begitu juga saya. Setiap malam, saya akan ke surau di taman perumahan saya, Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Johor. Kebiasaannya, saya akan ke surau menaiki basikal dengan adik kembar saya sebab ayah saya suka naik motor sendiri ke surau. Jarak dari rumah saya ke surau tak jauh, Cuma selang lebih kurang 4 ke 5 blok je (lebih kurang 200 meter). Surau taman saya itu mengadakan solat Tarawikh sebanyak 21 raka’at (termasuk solat sunat Witir). Tapi sepanjang saya hidup di situ selama 19 tahun, boleh dibilang dengan jari berapa kali saya pernah habiskan 21 raka’at itu. Huhu…

Masa zaman kanak-kanak, saya selalu lari dari surau masa pakcik-pakcik sedang solat Tarawikh. Bukan lari balik rumah, tapi lari ke taman bunga berhampiran untuk bermain mercun. Hampir setiap hari begitu. Ye la, pada zaman tersebut, mercun sememangnya murah. Kalau setakat mercun mancis tu, sekotak yang ada 10 batang baru 50 sen. Itu la mercun yang selalu saya main. Ada juga mercun roket yang boleh terbang-terbang, 12 batang dalam lingkungan RM2 je. Murah kan?

Dan kebiasaannya, selepas bermain mercun, kami akan kembali ke surau sebelum jam 10.15 malam sebab solat Tarawikh selalu tamat lebih kurang jam 10.40 malam. Macam awal sangat je balik surau kan?... sebab bila tamat solat witir dan ada zikir-zikir sikit, ada moreh pula. Tahu tak apa itu moreh?

Moreh = makan ringan selepas selesai solat tarawikh dan witir. Biasanya kuih-muih.

Kami ni bukan la jahat sangat. Lepas main mercun, kami kembali ke surau awal sebab nak tolong pakcik-pakcik menghidang moreh. Moreh kat taman saya ni ikut giliran, contohnya malam ni giliran pakcik A dan pakcik B, maka mereka akan bawa kuih dan minuman ke surau. Dan sayalah antara orang yang selalu tolong menghidang (sebab tak solat Tarawikh, maka jadi mangsa kena tolong hidang)… mula-mula bentang tikar, lepastu susun cawan, dan ada yang akan bawa cerek, tuang air ke dalam cawan satu persatu. Lepas tu, makan ramai-ramai, dan lepas makan, akan ada yang bertugas basuh pinggan dan cawan (waktu ni saya dah ade kat rumah… =P )…

Satu perkara yang sinonim apabila tiba bulan Ramadhan ialah bazaar Ramadhan. Kalau dulu, dapat pergi ke bazaar Ramadhan merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan sebab jarang dapat pergi. Sebab apa, tamat sekolah agama lebih kurang jam 6.30 petang, so memang penat la nak merayau bazaar itu… Cuma kadang-kadang, saya dan adik saya akan mengayuh basikal sejauh lebih kurang 4 km ke bazaar Ramadhan di Bandar Tangkak, itu pun kalau ada kelapangan… tapi sekarang ni dah tak heran kalau pergi bazaar Ramadhan tu sebab dah ada lesen motor + kereta, so bila-bila nak pergi pun boleh. Huhu~ =)

Satu lagi, bila menghampiri penghujung Ramadhan, selalunya rumah saya akan diterangi dengan cahaya pelita. Yang rajin memasangnya, tentulah saya dan adik kembar saya itu. Pada zaman kanak-kanak, kami selalu gunakan minyak tanah untuk pelita-pelita itu. Pada masa tersebut, minyak tanah agak murah, Harganya Cuma RM2.00 untuk sebotol 1.5 liter (selalunya diukur dengan botol) dan boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Tetapi, beberapa tahun kemudian, harga minyak tanah itu melonjak sehingga RM3.50 bagi botol yang sama, lagi mahal daripada diesel, dan tak banyak kedai yang menjualnya lagi. Maka kami pun beralihlah kepada diesel sebagai bahan bakar pelita itu. Walaupun tinggal dekat taman perumahan, tapi tradisi itu masih belum ditinggalkan. Cuma bila dah besar ni, saya dah tinggal di asrama IPG Tun Hussein ini, dan adik saya kini di Universiti Teknologi Mara Arau, Perlis, aktiviti memasang pelita itu sudah jarang dapat dilakukan, dan biasanya 2-3 malam terakhir barulah dapat dipasang pelitanya disebabkan tiada siapa di rumah yang rajin nak memasangnya. Tapi tahun ni, saya dapat cuti seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, dan saya akan cuba teruskannya.

Kenangan lama sememangnya sangat indah bagi saya, dan terasa macam nak kembali semula ke masa itu. Tapi apa pun, kenangan biarlah kenangan, dan kita perlu sentiasa pandang ke depan. Semoga bulan Ramadhan tahun ini membawa seribu satu erti dan hikmah kepada kita semua.


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA

KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

1 comment:

Rashidee Rahim said...

pose pose..jangan x pose ye,hehehe..slamat berpuasa.. :)