Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, August 6, 2010

:: Malam Apresiasi Puisi ::

Yeay!!!
(tiba-tiba rasa nak mula dengan sorakan)... =P

Seminggu yang sangat busy dah berlalu... dan hari ini saye mendapat kesempatan untuk menjenguk blog ini. banyak benda yang saye nak cerita sebenarnya... banyak perkara yang berlaku dalam minggu ni, maka, banyaklah byanag saye nak kongsi selagi tangan mampu menaip. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam minggu ini ialah:

1: Malam Apresiasi Puisi Citra Gemilang.
2: Malam Apresiasi Kesenian Islam.
3: Pameran-pameran (yg ni saye tak terlibat ye)...

Bila disenaraikan macam ni, nampak macam sikit je majlis yang ada kn?...

Malam Apresiasi Puisi IPG Kampus Tun Hussein Onn ni telah diadakan pada Selasa, 3 Ogos 2010. Majlis tersebut bermula pada jam 9 malam dan tamat lebih kurang kul 11.30 malam. Terdapat beberapa persembahan sepanjang majlis ni. Antaranya ialah, persembahan opsyen Pendidikan Islam (PA), opsyen Matematik, opsyen Sains, persembahan pensyarah, dan lain2...

Persembahan Opsyen PA...

Pengarah pun turut mempersembahkan sajak...

Persembahan TESL...

Persembahan opsyen SC...

Persembahan kelas RBT1 PISMP Sem 2...

***Mintak maaf, gamba persembahan opsyen PRA, Matematik dan tarian etnik x sempat dirakam***

Nak pendekkan cerita, kelas saye juga terlibat dengan persembahan. Kelas saye dapat tema sajak, so kitorang buat sajak daripada lagu kumpulan Kopratasa - Tetamu Senja (sape2 yg x tau lagu ni sila search kat encik Google ye)... dan saye jadi penyanyi sampingan je kat tepi tu... huhu~ :D

Persembahan kelas saye.. (Gambar ihsan daripada kamera Azizi)...

Macam tak percaya, kitorang start prepare untuk benda ni hanya beberapa hari sebelum hari persembahan. Nasib baik semuanya berjalan lancar even rasa nak gaduh2 je time discussion tu. Ye la, memang rasa tension ye, especially bila buat benda2 last minute mcm tu.

Masa nak dekat penghujung majlis, dua orang pensyarah telah mengadakan persembahan... yang pertama ialah Encik Raof yang menyanyikan lagu kumpulan Kopratasa - Masihkah Kau Ingat dan yang kedua ialah Encik Latif yang menyanyikan lagu daripada kumpulan yang sama bertajuk Permata Buat Isteriku...




















Ok,
gambar yang memakai kot ini ialah Encik Raof
dan
yang memakai baju batik ialah Encik Latif...

What the things that I like is,,, kedua-dua lagu yang dinyanyikan itu adalah lagu kegemaran saye... yuhuu~... rasa nak join mereka ni menyanyi kat atas pentas time tu... aishhh... sabar2... huu~

Maka tamatlah Malam Apresiasi Puisi itu dengan jayanya... =)

Ok, sebenarnya perkara nombor 2 dan 3 itu saye tidak terlibat secara langsung ye... tapi walaupun saye tak terlibat, saye nak cerita jugak sedikit mengenai Malam Apresiasi Kesenian Islam ni... secara kebetulan saye berkelapangan untuk pergi ke dewan, saje je nak pergi tangkap2 gambar sambil menghilangkan kebosanan...

Actually saye tak berkesempatan mengikuti majlis ni dari awal, sebab time saye sampai kat dewan tu, jam dah pukul 10 malam... maknanya majlis dah mula lebih kurang sejam. Aishhh... lewat gila... sempatlah jugak saye menyaksikan beberapa persembahan daripada para guru pelatih... antara persembahan yang menarik perhatian ialah persembahan ini...

Apa entah namanya, tapi memang menarik. Cara mereka berlakon itu seolah-olah topi yang cuba diangkat itu betul2 berat dan tidak dapat digerakkan. Hahaha... lawak la jugak... tapi saye sendiri pun tak pasti ini persembahan oleh siapa dan dari opsyen mana. Dan seterusnya ada persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid IPG...

Mengenai pameran-pameran itu, saye sememangnya langsung tiada terlibat, so tak ada apa-apa yang saye nak tulis di sini. Yang saye tahu, pameran tersebut telah dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Batu Pahat ini. huhU~...

T.A.M.A.T

2 comments:

amniey91 said...

mne gmbr aku wat prsmbahnnye...huhuhu..:(

Hazman Amini said...

Eh, RBT2 ade wat persembahan kah? x tau pun... huhu~