Tapi dengan satu pengalaman yang baru...
Aku keluar dari maktab pada jam 5.45 petang. Sampai ke stesen bas Batu Pahat jam 6.10 petang (lebih kurang la)...
Untuk pengetahuan anda, bas awam (Mayang Sari) dari Batu Pahat - Muar tamat jam 6. So pada waktu itu aku cume terfikirkan bas Orkid Ekspres ke Muar jam 6.45 petang... tetapi sesuatu yang mengecewakan berlaku... tiket habis... cuma ada jam 8.15 malam je... aduh... bas terakhir Muar - Tangkak last jam 9.00 malam... konfem tak sempat kerana perjalanan antara Batu Pahat ke Muar mengambil masa satu jam (naik bas ekspres) walaupun jarak perjalanan hanyalah 53 KM.
Pada saat itu, dengan kekecewaan yang mendalam dan kesedihan yang mencengkam perasaan aku terduduk di bangku di situ... masa tu yang terlintas di fikiran hanyalah patah balik ke maktab dan balik esok pagi... eh... rugi pulak kalau balik pagi... huhu~... lalu berbekalkan sokongan moral daripade kawanku yang bersamaku ketika itu, aku terus mencari bas ekspres lain yang aku bisa naik untuk balik... terima kasih kepada Mail (RBT2 sem2 PPISMP) yang menemaniku ketika itu... huhu~
Semasa lalu di depan kaunter Cepat Ekspres aku terpandang perkataan Muar tertulis di situ... lalu aku bertanya dan orang di dalamnye menjawab bas Muar pukul 8.00 malam... dengan penuh berserah aku membeli tiket berharga RM5.20 itu dengan harapan bas akan sampai Muar sebelum jam 9.00 (walaupun hati aku berkata "itu mustahil")... lihatlah betapa nekadnye aku demi kerana nak balik... huhuhu~
Jam baru pukul 6.45 petang... so aku duduk-duduk bersama Mail kat bangku depan kaunter Cepat Ekspres tu sambil mata melilau-lilau kerana kebosanan... lebih kurang pukul 7.00 malam kaunter tutup rehat... kaunter buka semula jam 7.30 lepas solat Maghrib kat surau di situ, dengan mengetepikan perasaan malu dan segan (ketepikan sebentar, bukan buang) aku terus tanya sama ada terdapat bas yang melalui Tangkak (walaupun hati aku berkata ini juga mustahil)... dan abang tu jawab "Tangkak kat tol boleh la"... hehehe~ hatiku berbunga riang... aku tambah duit sikit dan dia letak tanda baru atas tiket aku iaitu TOL TANGKAK. hahaha~... dan dengan itu, aku pon dapatlah balik dan akhirnye bas itu tetap masuk ke Stesen Bas Tangkak... huhuhu~
Turun dari bas di plaza tol bukanlah aneh tetapi tiket bertulis destinasinya Plaza Tol itu yang pelik... saje2 aku menulis di sini untuk berkongsi ceritaku ini... huhuhu~ (",)
2 comments:
abgman balek,
aku pown balek gk,
tp naek kete,
hee
Hahaha~... bes le ade org jemput... tak mcm aku... kene naek bas sndiri sampai terjadi kes2 seumpama ini... huhuu~
Post a Comment