Balik ke mana?...
Balik rumah la...
Hahaha... hari ini aku balik lagi ke rumah. Dan mungkin akan seperti semester lepas di mana aku balik pada setiap minggu selagi tiada program atau aktiviti di hujung minggu... lagian pula tahun ni tak perlu hantar kad macam sem lepas lagi... just bwak kad matrik dan scan je... so prosedur menjadi lebih mudah dan aku menjadi lebih mudah nak balik... hahaha~
Pukul 3.00 petang aku sudah tercongok di bus stop bersama kawan2... dan setelah menyumpah-nyumpah drebar bas di dalam hati (sebab ikut jalan bandar), sampailah ke stesen bas pade pukul 3.45 ptg. Dengan penuh bersegera aku berlari (tipu je) ke arah kaunter tiket Cepat Ekspres padahal tertulis di situ bas Tangkak last pukul 3.30 ptg. Tapi aku tahu bas itu akan datang pada jam 4 lebih... maka dapatlah aku sekeping kertas berwarna kuning berlogo burung dan bertulis Cepat Ekspres BP-TGK dengan bayaran RM7.80 tunaii... huhu~ Maka bertolaklah aku dengan segala isi perut bas itu pada jam 4.30 petang... setelah menempuh perjalanan yang jauh ( lebih 70km...mcm tak caye...huhu~), melalui Muar dan melepak setengah jam kat petronas Muar Bypass dekat Jambatan Kedua, tibalah aku ke bumi Tangkak yang tercinta, tempat di mana aku dibesarkan dengan penuh suka duka ini pade jam 6.30 petang... hahaha~... terima kasih kepada jiranku, Cikgu Ngarisan kerana menjemputku dari bus stand... kalau tidak, tak tahu la nak balik naik apa... masakan tidak, ketika itu hujan turun dengan lebat dan mak serta ayahku tiade di rumah (akibat tak beritahu awal2 nak balik)...huhu~
Kawan-kawan,
Jangan ditanya mengapa aku kerap kali balik... aku tahu jika kamu berada di tempatku, anda juga akan melakukan itu... aku juga tahu anda-anda berase sunyi (dan mungkin iri hati...haha~) kepadaku kerana aku dapat selalu balik, bukankah begitu? =p. Dengan ketiadaan teman bicara ditambah dengan keadaan asrama yang sememangnye sepi pada hujung minggu... pastinye membangkitkan seribu satu kebosanan di dalam hati sanubari anda-anda sekalian... jangan disalahkan aku... ade sebabnye aku melakukan itu... huhu~ =D
Ramai yang bertanya,
"Kenapa tiap-tiap minggu balik?"
Dan ade yang berkata,
"Kau ni asyik balik je"
Dan tidak kurang juge yang mengata,
"Man anak manja"
Hahaha~... aku sudah lali dengan cakap-cakap demikian... dan ia tidak akan sedikit pun dapat melunturkan semangat aku untuk terus balik pada hujung minggu... huhu~...
Kenape ye aku selalu balik. Entahlah. Sepertinya ada satu perasaan di dalam diri ini yang menyuruh aku berbuat demikian... hahaha~ apekah perasaan itu? mungkinkah homesick seperti yang dikatakan sesetengah pihak (yang jeles...of course...haha~)? mungkin juga kerana terdapat beberapa ciri-cirinya pada diriku ini (contohnye sentiase mencari peluang untuk balik) tapi tidaklah sampai ke tahap extreme ye... huhu~... =D
Pernahkah anda-anda sekalian mendengar kata-kata ini...
"Rumahku Syurgaku"
Pada yang tak pernah dengar pasti anda telah dilahirkan pada zaman prasejarah di mana pada zaman itu tiada sistem bahasa tulisan. hahaha~...
Sejauh mana kebenaran kata-kata ini, tidak dapat dipastikan kerana tiada kajian saintifik dibuat oleh profesor madya atau orang perseorangan... tapi aku juga mengiyakan kata-kata itu... Dan semestinya kata-kata tersebut menjawab persoalan anda-anda mengenai "Kenapa man selalu balik?"... hehehe~ =D
Kawan-kawan,
Usah risau,
Usah khuatir,
Usah bimbang,
Aku balik ke rumah bukanlah bermaksud aku terputus hubungan dengan kalian. Aku tidak pernah lupa untuk sentiasa berada 'atas talian'(online) di ym ataupun fb (yg korang ajau aku buat itu...huhu~)... jadi janganlah berasa sunyi kerana kita sentiasa berhubung... huhu~
Sekian karutan daripada insan yang sedang bergumbire di rumah ini... huhu~ =D
No comments:
Post a Comment