Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, July 6, 2013

Entri Rojak

Assalam.

Pertamanya, sebagai pemberitahuan sebelum pembaca membaca. Entri ini tak ada kaitan dengan rojak buah mahupun rojak petis ataupun rojak betis sekalipun. Tak berkaitan dengan rojak yang masih hidup ataupun yang telah selamat dikeperutkan. Jujur.. tiada resipi rojak di sini. Ok.. saya tahu kami tengah belajar masak semester ni. Tapi serius, tak ada resipi rojak di sini.

Lama rasanya tak menulis di blog ni. Entah kenapa mood nak menulis seolah-olah hilang secara tiba-tiba. Bukan tak ada idea nak menulis.. ada.. bersepah-sepah idea.. macam-macam cerita yang nak dikongsikan Tapi bila tiba ketika nak menaip mesti ada je benda yang menyebabkan saya tak menaip. Tiba-tiba ada kerjalah, tiba-tiba terbuka game lah,  dan macam-macam lah. Akhirnya terbiar blog ni buat kesekian kalinya.

Maaf kalau ada yang terbaca entri-entri pelik dalam blog ni. Biasanya entri tu ada gambar Jambatan Pulau Pinang, gambar lebuhraya dan lain-lain dan tulisannya macam bahasa dari planet Marikh. Untuk pengetahuan, itu kerja adik saya yang paling kecik sekali. Entah macam mana dia boleh log in dan tolong update blog ni. Mungkin dia tengok abang dia macam tak ada masa untuk update, jadi dia pun dengan sukarelanya tolong updatekan. ceh.

Entri terakhir yang saya tulis sendiri ialah entri tentang praktikum 1 di SK Parit Bilal bertarikh 14 Mei 2013, dan tarikh hari ini ialah 5 Julai. Maksudnya lebih kurang sebulan lebih saya tak update blog. Kesian beliau, hidup segan mati tak mahu. Trafik pun merudum dek kerana tak update dalam tempoh yang lama. *kalau berterusan begini jangan mimpilah duit Nuffnang nak meningkat*. haha.

Oh.. sedar tak sedar kami sekarang dah berada di semester 6. Kali ini kami ambil subjek memasak lagi, cuma kali ni tak masak lauk-lauk macam dulu. Kali ni kami masak kuih-muih dan biskut pulak. Setakat ni yang saya dah buat, contohnya karipap inti udang telur, lemon snow (apa menatang entah), kuih lompang, dan yang paling menarik ialah biskut makmur inti kurma, even tak berapa 'makmur' sangat bentuknya, tapi rasanya sedap. Sampaikan bila cerita kat mak, mak pun cakap, "..boleh la buat untuk raya nanti..".. Haha. Seronok kejap. Tapi sebenarnya bukan semua yang kami buat tu betul-betul menjadi. Lemon snow kami pun entah jadi apa dek kerana tak tahu apa itu lemon snow. Orang kampung la katakan, bagi masakan town-town, memang tak jadi la cerita dia. Haha. Karipap pun terbuka bila masak. Kira ok lah tu. Nama pun subjek inovasi makanan kan. Jadi dengan ini, secara rasminya saya menamakan karipap kami sebagai karipap nganga (disebabkan kulitnya yang ternganga). Ok. Dah reti masak, dah boleh kahwin dah ni. hewhewhew. :3

Cerita tentang kahwin, tiba-tiba terimbas hal petang tadi. Melawat cikgu lama yang suaminya sakit. Saya tolong angkat teko dan roti ke atas meja, dan cikgu tu berkata. "Rajinnya man. Cepat-cepat la cari seorang ye." Faham-fahamlah maksudnya. InsyaAllah cikgu. Doakan saya harap-harap ada orang sudi terima.

Cerita saya tentang calon ni panjang. Kalau cerita kat sini, boleh buat lagi 2 hingga 3 entri berasingan. Dari pertama kali jatuh hati dengan yang pertama, jumpa yang kedua, ketiga, keberapa-berapa dan balik kepada yang pertama semula. Bila sebut pasal calon ni terimbas ayat seorang rakan.

"..man suka yang tudung labuh, pastu dia suka yang pakai spek (cermin mata).."

Tergelak sekejap dengan rumusan tu. Haha. Benar.. majoriti mereka yang saya minat sebelum ni (macam ramai sangat je..haha) pakai cermin mata. Haha. Sebenarnya tak ada ciri khusus pun yang saya letak. Tak ada istilah "memilih sangat". Bukannya cantik yang dicari. Mungkin mereka tak tahu orang pertama yang saya minat tak pakai cermin mata pun. Apa yang penting, orangnya mestilah sentiasa pegang pada agama Islam, asalkan pandai jaga aurat, selalu senyum, senang hati memandang, itu pun dah memadai. Kebetulan mereka ni pakai tudung labuh, dan mereka yang pakai tudung labuh memang nampak comel. Huhu.

Tak ada pulak kan yang cakap "man suka orang jawa je".. sebab bila tengok balik mostly (bukan semua) mereka adalah orang jawa jugak. haha.. =P

Tiba-tiba rindu pada dia.

"..burung-burung camar, titip rindu ku buat si dia.." -Endang S Taurina-

Berbalik kepada cerita di atas. Semester ni sekali lagi kami akan menjalani praktikum. Kali ini selama dua bulan, dan sekolah yang akan saya pergi kali ini ialah SK Parit Raja, Batu Pahat. Letaknya di pekan Parit Raja. Jadi kami akan berulang-alik sejauh lebih 16 kilometer setiap hala setiap hari. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Taknak cerita panjang sebab takut nanti dah tak ada modal lagi untuk entri praktikum 2. Haha. =P

Dah  3 minggu sebenarnya semester 6 bermula. Tiga minggu pertama ni agak tenang. Kelas pun tak banyak, ramai pensyarah yang tak ada. Jadi kami cuma buat pembelajaran kendiri di atas katil, belajar pelbagai gaya 'berenang' seperti kuak lentang dan sebagainya. Sepanjang 3 minggu pertama ini jugak, yang ada untuk saya di institut ni cuma kelas dan bilik, selain gelanggang tenis di hujung sana. Dah tak ada apa yang istmewa lagi.

..sahabat.. apa khabar agaknya kau di sana.. 

Entah bila elaun nak masuk ke akaun BSN yang tinggal 16 ringgit tu. Eh, BSN je 16 ringgit. Kat CIMB ada je spare sementara tunggu elaun ni. Haha.

Semester ni saya target untuk buat passport. Nanti senang kalau ada promosi AirAsia lagi, boleh naik flight murah pergi mana-mana, Indonesia ke, Thailand ke. Err.. plan naik tren ke Bangkok mungkin tak dapat laksanakan semester ni atas faktor kekangan masa dan kewangan. InsyaAllah semester selepas ini saya akan plan dengan lebih baik. Teringin jugak nak merasa naik tren selama 22 jam, naik waktu tengah hari, perjalanan sepanjang malam sehingga hari jadi siang balik baru sampai. Macam seronok kan? Dan sebenarnya saya teringin nak ke pasar kereta api Maeklong. Pasar yang unik sebab orang berniaga atas landasan kereta api yang masih beroperasi dengan 4 tren sehari. Satu destinasi wajib bagi penggemar kereta api macam saya.

Sem ini juga insyaAllah saya cuba cari peluang naik tren sebanyak mungkin. Dah lama rasanya blog ini tandus daripada kisah-kisah tentang kereta api. Suatu masa dulu, blog ni pernah digelar blog kereta api oleh pembaca kerana banyaknya entri tentang kereta api. Seronok. Tapi itu dulu. Mungkin selepas ini saya kena cuba luangkan lebih banyak masa bersama kawan baik saya iaitu encik kereta api itu. Orang pun dah kenal muka ni sebagai muka kereta api. Tengok aku je nampak kepala aku macam kepala kereta api. Sebab tu takde orang nak. haha. =P

Sekali-sekali menulis secara santai macam ni agak seronok rupanya. Selama ni menulis jarang secara santai macam ni. Biasanya menulis tentang perjalanan kan. Penulisan tentang perjalanan biasanya secara kronologi, ikut garis masa. Jadi kena tengok masa dan tulis ikut susunan gambar. Entri ni takde gambar yang perlu dimasukkan, biasanya menulis entri yang memerlukan gambar daripada kamera akan memerlukan gambar tu diedit terlebih dahulu satu demi satu. Itu yang leceh sebenarnya.

Ala.. blogger yang femes-femes pun ramai yang tulis santai-santai macam ni. Boleh je femes. Blog aku taip elok-elok pun bukan orang baca. Haha. =P

InsyaAllah. Sem ni kalau tak ada aral, saya akan cuba update blog ini selalu. Semoga Allah mempermudahkan.

Sekian.


\

2 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

Patutlah pelik, rupanya adik kau yg post. Hehehe. Sempat lagi menyelit pasal gadis bertudung labuh itu. Hehe. InsyaAllah Man, niat yang baik insyaAllah dipermudahkan. Btw, elaun dah masuk! boleh shopping raya! hehe. Mohon update selalu! Kalau tidak, blog ini akan di-ban. Hahaha. Salam Ramadhan Man! :D

Sharifah Mastura Syed Mohd Shah said...

Hai man! Hehe.
Seronok baca blog ni. Singgah pun sebab baca entry pasal Kolam Air Panas Bemban, Jasin tu..tbe2 terasa nak pergi.

Ooo...patot lah!! Adek yg update blog!! Haha. Ingat kan spam ke ape. Pelik sangat bahasa tu. Hahaha

Waa nanti kalau berjalan2 lagi, cerita lah. seronokkk.