Siapa yang tak kenal keropok udang ROTA ni kan? Keropok ni dah wujud sejak zaman kanak-kanak saya lagi. Masih sama dari segi produknya dan juga cara pembungkusannya.
Keropok Rota? Babi? Oh.. tidak!!.. berita yang pasti mengecewakan penggemar keropok udang ini mahupun mereka yang pernah mengambil keropok ini.
Memang, kalau kita pergi ke Portal Halal Jakim (halal.gov.my) dan search produk Rota ni, keputusan cariannya menunjukkan tiada rekod ditemui. Maksudnya keropok udang Rota ni tak ada sijil halal daripada JAKIM.
KENAPA KEROPOK UDANG ROTA NI TIADA DALAM SENARAI PRODUK HALAL JAKIM?
Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, walaupun produk yang anda cari tu takde dalam senarai kat halal.gov.my ni, tak semestinya produk tu haram. Produk yang ada dalam halal.gov tu cuma produk yang didaftarkan dengan Jakim je. Selain daripada Jakim, ada juga produk yang didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam negeri tempat produk itu dikeluarkan. Produk yang mendapat pengesahan halal daripada Majlis Agama Islam Negeri tak tersenarai dalam direktori halal JAKIM ni.
Untuk pengetahuan lagi, keropok udang Rota ni dikeluarkan oleh Oriental Food Industries Sdn Bhd yang beralamat di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Produk ini telah didaftarkan dan menerima sijil pengesahan Halal daripada Majlis Agama Islam Melaka.
Sebelum ni, bila orang tulis atau share post2 pasal Rota yang dikatakan haram ni, saya senyap je sebab takde point untuk membangkang post tu. Awal-awal lagi saya memang tak yakin dengan berita tu sebab ada certain2 point yang menimbulkan keraguan. Akhirnya pada 8 Oktober 2011, saya ambik keputusan mengajukan pertanyaan --- secara terus kepada Majlis Agama Islam Melaka. Respon yang diberikan positif, dan akhirnya pada 3 November 2011, saya mendapat jawapan kepada persoalan ni: KEROPOK UDANG ROTA NI HALAL DIMAKAN. Tak percaya?.. rujuk imej surat di bawah. Surat ni dihantar dalam format PDF, terus kepada inbox e-mel saya.
![]() |
Klik untuk tumbesaran. |
Moral of the story (once again), rujuk la sumber yang boleh dipercayai sebelum menyebarkan sesuatu berita yang tak dapat dipastikan tu.
Ni point2 dalam post Rota tu yang menimbulkan keraguan saya.
Emulsifier E110? Lemak babi?
Mulsifier ke Emulsifier? *Note that the "E" is missing.*
Dalam Islam ni, selain ilmu akhirat, kita juga dituntut untuk mempelajari ilmu dunia. Contohnya macam kes ni la.. disebabkan takde pengetahuan am (sorry ayat kasar), senang2 je umat Islam kena tipu. Pastu senang-senang je umat Islam maki-maki pemilik kilang tu. Senang-senang je umat Islam pandang serong kat orang bukan islam. Pastu senang-senang je umat Islam dah TERbuat fitnah kat pemilik kilang tu. Pastu senang-senang je umat Islam sebarkan.. Pastu senang-senang je orang bukan Islam pandang serong pada umat Islam ni.
Sorry.. bukan nak membangga diri. Terus terang cakap, saya memang tak pakar bab-bab ni sebab semua ni bukan bidang saya. Tapi at least kita kena ada pengetahuan am dalam bab-bab macam ni.
APA ITU KOD E?
Kod E ialah tu ialah kod nombor bagi bahan tambah (additives) yang telah diuji penggunaannya di Kesatuan Eropah (European Union).
Untuk pengetahuan, kod E tidak semestinya emulsifier. Kod E tu merujuk kepada keseluruhan additif yang ditambah ke dalam bahan makanan untuk pelbagai tujuan. Setiap kod E tu diikuti dengan nombor yang menentukan kelompoknya masing-masing. Contoh paling jelas ialah E1XX yang mewakili pewarna makanan. Dalam kes Rota ni, E110 ialah pewarna sintetik Sunset Yellow yang diperolehi daripada proses kimia.
Bahan additives ber-kod E ni boleh datang dari pelbagai sumber. Ada yang memang terhasil secara semula jadi, contohnya E100 iaitu pewarna kuning asli daripada kunyit. Selain tu, Vitamin C pun ada kod E yang tersendiri (E300 kalau tak silap). Namun kebanyakan bahan aditif ni terhasil daripada tindakbalas kimia.
Ni list yang disertakan dalam post berkenaan Rota tu, tapi macam tak betul je. Semua benda dikelaskan sebagai emulsifier.
Sedikit ilmu nak dikongsikan di sini. Saya tak pasti kalau saya pernah tulis mengenai ni. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, setiap kod E tu ada mempunyai kelas masing-masing seperti berikut:
E100 - E199 : Pewarna makanan (colouring)
E200 - E299 : Pengawet makanan (preservatives)
E300 - E399 : Antioksidan, Pengawal keasidan (antioxidant, acidity regulator)
E400 - E499 : Pemekat (Thickener), Penstabil (Stabilizers), Pengemulsi (Emulsifier)
E500 - E599 : Pengawal keasidan, anti-caking
E600 - E699 : Penambah perasa (flavour enchancers)
E700 - E799 : Antibiotik
E900 - E999 : Lain-lain
E1000 - E1599 : Bahan kimia tambahan.
Biasanya yang menjadi keraguan umat Islam ialah pada bahagian E400 hingga E499 tu je. Kod yang biasanya dielakkan oleh umat Islam ialah kod E471.
E471 ialah asid lemak (fatty acid) yang dihasilkan daripada glycerol dan asid lemak semulajadi -- kebiasannya dari sumber tumbuhan (tapi ada jugak daripada sumber haiwan). Nak tahu lebih lanjut pergi rujuk pada mereka yang dalam bidang yang berkenaan.
Untuk pengetahuan (again, takde idea dah).. bagi produk yang telah mendapat pensijilan halal yang sah daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam negeri, semua bahan dan kaedah pembuatan produk tersebut telah dipantau dan disemak. Bukan setakat bahan yang tiba di kilang, malah JAKIM telah mengenalpasti sumber bahan-bahan yang digunakan. Maka tak ada isu la makanan ni haram, makanan tu haram. Apa-apa hal pun rujuk pada mereka yang berpengetahuan dulu (semestinya bukan saya orangnya.. hehe..).. =)
So, E110 tu??.. tentunya bukan emulsifier!
Terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. =)