Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, October 11, 2011

4 Oct 2011 - Lanscaping Highlights. =)

Untuk pengetahuan semua, pada 4 Oktober 2011, saya dan rakan-rakan opsyen Rekabentuk dan Teknologi (1 dan 2) telah selamat menjalani ujian amali landskap dengan jayanya. Memang berdebar-debar menunggu saat ni.

Persediaan telah dibuat semenjak awal semester lagi seperti membiak anak-anak pokok, menyediakan pokok-pokok yang akan digunakan, dan lain-lain. Selain daripada tu, kitorang juga kena buat pelan rekabentuk landskap tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Pokok-pokok yang disediakan juga membesar dengan baik. Dan bahan-bahan juga banyak disediakan oleh pihak IPG. Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada Puan Zalia sebab beliau banyak sangat33 membantu sepanjang kitorang belajar subjek Teknologi Tanaman Sayuran dan Hiasan ni. 

SELASA - 4 OKTOBER 2011                                                                                        

Peperiksaan amali bermula pada jam 9.00 pagi. Tapi kitorang kena datang jam 8 pagi untuk penyerahan portfolio landskap yang akan dibuat. 
Penyerahan portfolio. sory, kamera tengah mogok.. =p
Jam 9.00 pagi. Amali dimulakan dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai.
Proses pembinaan sedang berjalan..(kantoi curi tulang.) =p.
Hey!!! That's me!! (see? saya buat kerja jugak). hehe. =)
Ujian amali berjalan selama sejam setengah. Jam 10.30 pagi, ujian tamat. Tiba masa untuk penilaian.
Penilaian sedang dilakukan oleh pensyarah.
Gaya macam tengah kena marah dengan pensyarah je. HAHA. =p

Nak tengok hasilnya?.. jom! Check it out! =)

Disebabkan group saya dapat plot nombor 2, so saya mulakan daripada plot hujung dulu. Baru surprise sikit. hehe. =)

-- PLOT 10 --
Opsyen - RBT 1
Tema - Ala Tropika
Ahli - 4 orang
  • Muhammad Hafizi, 
  • Muhammad Akmal, 
  • Noor Shafinaz, 
  • Nor Suraya
Ahli kumpulan bersama landskap.
Hasil landskap Plot 10.
Group ni banyak guna buluh. Buluh besar digunakan untuk background manakala buluh kecil untuk pagar kat bunga tu. Pokok yang digunakan cuma pokok bunga jenis rendah. Tapi serius, bunga-bunga kat sini cantik-cantik dan segar semuanya. Suka tengok. =)

-- PLOT 9 --
Opsyen - RBT 1
Tema - Landskap Istana Balqis
Ahli - 4 orang
  • Amir Zainuddin
  • Muhammad Anas
  • Muhammad Hakam
  • Nur Liyana
Ahli group Plot 9.
Hasil landskap Plot 9
Landskap group ni agak special sebab ada kolam air yang besar. Kolam air tu pun bukannya yang ready-mate (yang dah siap) sebaliknya buat daripada batu-bata yang disusun dan dilapik dengan plastik. Lagipun kita boleh berjalan atas kolam tu mengikut titi yang disediakan. Memang kreatif.

-- PLOT 8 --
Opsyen - RBT 2
Tema - Perkampungan Tradisional Melayu-Sunda
Ahli - 4 orang
  • Sheikh Muhamad Shamil
  • Syed Mohd Rafi
  • Suhaiza
  • Nurul Amni Izzati


Keistimewaan plot ni terletak pada anyaman daun kelapa yang terdapat kat sini. Dan binaan seperti pondok tu menguatkan lagi tema perkampungan diorang ni.

-- PLOT 7 --
Opsyen - RBT 2
Tema - Laman Melayu Kontemporari
Ahli - 4 orang
  • Wan Muhammad Izzudin
  • Muhammad Nizam
  • Nurul Husna
  • Nur Shilawati
Ahli kumpulan 7

Landskap yang ni namanya De'Garden. Nampak simple tapi cantik. Susunan buluh-buluh kecil tu nampak cantik dan kemas. Terdapat air pancut kat sudut landskap ni. Pada saya, landskap ni sebenarnya sesuai untuk penghujung koridor sebab pokok-pokok disusun bentuk L. Tapi nak buat cmne kan, dah dapat plot kat tengah2. Anyway, landskap ni sangat menarik.

-- PLOT 6 --
Opsyen - RBT 1
Tema - The Chowa Lake Garden
Ahli - 4 orang
  • Ahmad Aizat
  • Mohd Ikhwan Syukri
  • Farhana
  • Huzaifah
Ahli kumpulan 6


Keistimewaan landskap group 6 ni terletak pada air terjunnya. Air terjun tu dibina daripada buluh asli, bukan paip tau. Air dari buluh atas turun secara berperingkat ke buluh bawah dan masuk ke dalam kolam. Lama tau diorang buat air terjun tu. Sampaikan waktu malam pun datang nak siapkan. Dan lagi satu ialah sarang burung tempua tu. Entah mana diorang cekau ntah. Huhu.

-- PLOT 5 --
Opsyen - RBT 2
Tema - N/A
Ahli - N/A


Kumpulan 5 ni paling misteri sebab tak terdapat sebarang maklumat mengenai kumpulan diorang kat sekitar landskap diorang ni. Malah ahli kumpulan pun tak memunculkan diri masa saya panggil untuk dirakam gambarnya. Yang ada cumalah pelan landskap sahaja.

Any info on this group, tell me please.

Air terjun kumpulan 5 ni sangat menarik. Lubang air turun tu ditebuk melintang, jadi air yang turun tu nampak macam nipis (macam mana nak cakap eh). cewah.. yek yek je.. haha.. cara tanam pokok pun kreatif sebab tanam dalam buluh.

-- PLOT 4 --
Opsyen - RBT 2
Tema - Sehijau Warna Daun Botanical Garden 
Ahli - 4 orang
  • Muhammad Syarifuddin
  • Noraswadi
  • Nur'aina Fatehah
  • Syed Ahmad Syahir


Landskap ni menarik. Pokok-pokok yang agak besar digunakan sampaikan nampak landskap ni hijau merimbun. Tak de la nampak kosong je tamannya. Pasu besar pun disembunyikan di sebalik pokok kecil. Cendawan batu dengan pancuran air tu menambahkan lagi seri taman ni. =)

-- PLOT 3 --
Opsyen - RBT 2
Tema - Taman Mini Neo Nusantara
Ahli - 5 orang
  • Irwan Affendy
  • Ismail
  • Rohaizat
  • Nur Syafiqa Ain
  • Siti Hajar


Taman ni pun menarik jugak. Diorang gunakan pokok-pokok yang kecik kat bahagian depan, jadi nampak macam lapang je taman ni. Buluh yang diorang guna pun ada kelainan dari segi warna sebab kumpulan lain semua guna buluh hijau. Selain tu, ada burung patung diletakkan kat sebelah air terjun tu. Kalau kita tepuk tangan, nanti burung tu berbunyi.

-- PLOT 1 --
Opsyen - RBT 1
Tema - Secret ASHA Garden
Ahli - 4 orang
  • Muhammad Azizi
  • Hasiff
  • Norshidah
  • Noraisha


First sekali, yang paling bangga dalam group ni konfem la Aisha, sebab nama taman ni lebih kurang dengan nama dia. Hahaha. Guess what ASHA stands for?
A - Azizi
S - Shidah
H - Hasiff
A - Aisha
Group ni kira jiran saya la dalam landskap ni. Anyway, saya suka gravel path tu. Kayu disusun dan dimasukkan batu putih di antara kayu tu. Dari segi susunan, menarik sebab nampak kemas dan tak serabut sangat. Tak tahulah apa yang secret dengan taman ni. Keistimewaan taman ni ialah kolamnya. Perhatikan asap (kabus air) yang timbul daripada kolam tu. Asap ni yang menambahkan ke-secret-an taman ni.


Err.. group 2?.. 


hehe.. nah!

Tema : Taman Kota Larangan
Ahli :  5 orang
  • Haziq
  • Hazman
  • Hannan
  • Akma
  • Shazana
Taman ni sebenarnya cetusan idea Haziq. Diilhamkan daripada taman masyarakat cina. 

Berbanding taman-taman lain, cuma taman ni je yang menampilkan hiasan warna merah.

Sesuai dengan tema Cina, kitorang bela ikan emas kat dalam kolam tu. Semua sekali 6 ekor, tapi saat entri ini ditulis, cuma tinggal 3 ekor je. 3 ekor lagi dah arwah sebab lompat keluar dari kolam tu. huh!

Selain tu, longkang dalam kawasan landskap tu kitorang empang dan bela pokok kiambang dalam tu.
Actually, ikut plan asal, takde pun guna batu kerikil halus untuk isi ruang depan tu. Tapi disebabkan hujan, tanah kawasan landskap tu jadi lecak. So kitorang terpaksa letak batu untuk cover lecak tu. =)

=)
Sekian. =)

3 comments:

Farhaliza aka Ija said...

nice la amali korang..semua taman tu lawa- lawa..geram tengok..

Hazman Amini said...

huhu.. thanks!. tapi penat jugak nak membuatnya tu.. nasib baik la ada ahli kumpulan yg best2 ni. hehe. =)

wawa nasruddin said...

eh2, ada gmba aku la.. tgh peluk ecah.. hahaha