Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, February 5, 2011

Siapa kata kucing x buang anak?.. :P

Malam kelmarin:

Sy tengah online manakala mak sy tengah duduk kat depan rumah. Tetiba ada seorang kanak-kanak India datang.

"Aunty, itu anak kucing sudah mau mati"

Ouh.. patut la asyik dengar bunyi anak kucing. Mak sy pun jawab:

"Eh.. bukan.. saya takde bela kucing"

Rasa ingin tahu yang mendalam, sy pergi cari punca bunyi tu. Terjumpalah seekor anak kucing kat dalam pagar tempat sy tanam2 pokok tepi rumah tu.

Anak kucing tu kecik je. Mungkin baru lahir dalam lingkungan seminggu kut. Warnanya kelabu putih. Kesian punya pasal, sy ambik, bagi minum kejap, pastu letak balik kat tempat sy jumpa tu.

Esok paginya, sy tengok lagi tapi anak kucing tu dah takde. Ok la, mak dia dh ambik kut.

Dalam lingkungan pukul 10 pagi, sedang sy layan2 laptop ni, tetiba dengar lagi bunyi kucing. Sy pun pergi jenguk. Jumpa lah seekor lagi anak kucing. Ni dia:


Sy x usik pun, dengan harapan mak dia akan datang ambik. Tapi sampai ke malam, anak kucing ni masih tersadai kat situ.

Kecik je kucing ni. Tapi entah kenapa mak dia taknak datang ambik. Dah dua hari kat sini, bagi susu taknak, makan taknak. Dia cuma minum air masak, itu pun sikit je.


Pelik jugak bila fikirkan... mak dia lupa ke? Atau memang sengaja dibuang? Kalau ada sapa2 sudi nak datang ambik anak kucing ni, ambik lah. Kesian pulak tengok nya. Nanti Ahad sy dh balik Batu Pahat nanti, ntah sapa lagi nk tengokkan kucing ni.