Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, November 3, 2010

Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat

Hello... testing2... haisshhh...

Hey2... mahu dengar satu cerita x?... eh... salah... cmne pulak korang semua nk dengar kn... baca boleh la... aishhh... x kisah la tu... yg  penting sy sudah mahu start cerita...

Ok... semalam sy sudah lepas exam BM... sangat seronok sehingga rasa mahu melompat tinggi2 ke puncak menara KLCC... ceh... bajet mcm dh abes exam je... :P

Sangat3 bersyukur, soalan agak mudah (tapi ini bukan jaminan untuk sy dapat 4-flat ye)... buleh la jugak jawab sambil berangan2 sedikit... dan syukur jugak, sy berjaya kawal mood sy yg sudah down akibat satu peristiwa pada malam sebelum exam tu supaya x mengganggu proses menjawab soalan...

Tahu x satu benda yg x dapat dilupakan masa exam smalam?...iaitu lagi 2 minit nk abis masa, sy belum habis tulis laporan lagi... gila kn... sudahnya penutup laporan saya ialah:

"Sesungguhnya Minggu Pengurusan Pelajar baharu ini telah berjaya mencapai objektifnya..."
(diikuti dengan tandatangan dan nama serta jawatan - ikut format laporan ye)

haha... padan muka... sape suruh berangan... sila ucapkan padan muka kpd sy (kalau berani ucap la depan2) :P

Yeh... sebagai tanda kesyukuran dan untuk menghilangkan tension, maka secara rasminya sy membawa kawan sy gi jalan2 sekitar Batu Pahat... mula2 ingatkan nk pegi WetWorld... then tengok2 pintu pagarnya tertutup rapat... ouh2... lupa pulak WetWorld x bukak ari Selasa... so alang2 dh keluar, kitorang pun gi la jalan2 sekitar BP... nasib baik sy keluar dengan kawan yg sekepala dgn sy yg suka merayau ntah mana2 ni...

Kempunan nak masuk... =(

Tengah berangan2, terpandang satu bangunan kat atas bukit nun di sana... dan dy cadangkan kami naik ke sana...tapi lepas pusing2 sampai entah ke mana, dh x nampak bangunan tu... arghh... kecewa seyy... then bosan punya pasal, kitorang ke Pantai Minyak Beku... semalam, kitorang sampai masa air tengah nak pasang, so pemandangan sangat indah... smpaikan bila sy balik IPG dan tunjuk gamba pada kawan2, semua x percaya tu pantai Minyak Beku...

Sorry gambar x dapat diselamatkan daripada tangan adek sy yg sangat gatal... abis semua gamba dah beliau delete... T.T

Then kami naik Bukit Segenting... haa... mesti ramai yg x tahu Bukit Segenting ni kat mana... even dak2 maktab yg sudah senior pun, kalau sy tanya, belum tentu diorang tahu tempat ni...

Bukit Segenting ni sebelah je dengan pantai Minyak Beku ni... kalau korang pergi pantai Minyak Beku, betul2 sebelum pantai tu, jalan tu akan naik bukit curam sikit dan ada tebing batu yg tinggi kat sebelah kiri serta gaung kat sebelah kanan... yg sebelah kiri tu la Bukit Segenting...

Apa yg istimewa kat sini?...

Kalau nak tahu, kat puncak bukit ni ada sebuah rumah api dan sebuah menara radar... menara radar ni kalau korang on the way nk ke pantai ni, boleh nampak dari jauh... akan kelihatan sebuah menara serta bendaalah berpusing2 di atasnya... tapi rumah api tu x nampak la, rendah sangat... huhu~...

Yang kiri tu menara radar... yg sebelah kanan tu rumah api nya... =)

Alaa... rumah api je pun... apa yg istimewa sangat... sangat x istimewa kn?... hahaha... sila gelakkan saya sekarang... dush2...

Actually, sy pergi sana setakat nk melawat2 je... n dapat jugak buat photoshoot... kalau nk tahu, biasanya photographer sangat suka tempat2 yg mcm ni, sebab akan ada pemandangan menarik untuk dirakam... hehe... sy pun photographer juga, tapi tidak ada kamera yg mahal... ala... sy bukan photographer profesional pun...cukuplah sebuah kamera berharga RM590 ini buat menemani sy... hee~

Sila abaikan kehenseman budak lelaki tersebut ye... :P

Ini rumah api pertama yg pernah sy hampiri (atau mungkin juga rumah api yg pertama sy pernah tengok depan mata - selalunya tengok dalam gambar je)... ok... sila berikan tepukan gemuruh ye atas pencapaian ini... :P

Kedudukan Rumah Api Bukit Segenting...

Panduan:
Dari arah bandar, lalu Jalan Minyak Beku sampai hujung... lepas simpang Sungai Suloh, ada selekoh ke kanan tu... akan ada papan tanda warna biru kat sebelah kiri n ada jalan naik kat sebelah tu (sorry, actually gamba papan tanda tu ada, tp mcm sy kata td, adek sy dh delete)... papan tanda tu ada tulis Jabatan Laut Wilayah Selatan... naik jalan tu, pastu akan ada mcm u-turn ke kiri masuk ke hutan tebal... pastu ikut je jalan tu sampai atas bukit... 

Satu peringatan... kalau korang nak pergi sini, better takyah bawak naik kereta kat atas tu... parking je bawah, pastu jalan kaki lebih kurang 1km naik atas tu... sebabnya:

  1. Jalan sangat kecik... dan kat puncak bukit tu cuma ada satu je parking kecik untuk pusing balik... kalau rasa2 x pro memandu, jangan la naik...
  2. Jalan mendaki bukit sangat curam... kecerunan lebih 35 darjah rasanya... takut enjin kereta korang tak kuat nk sampai atas... naik motor pun rasa semput tau...
  3. Kat pertengahan jalan ada satu gate... x pasti sama ada kereta lepas ke tak nak lalu bawah gate ni...
Pastikan brek kenderaan anda dalam keadaan baik sebab nak turun sangat curam...

Serius, jalan naik bukit tu sangat menggerunkan... lalu tepi gaung tanpa palang keselamatan... dan bila pulas minyak motor, rasa macam nak terbalik ke belakang dek kerana kecerunan tahap melampau itu... dan selekoh kat atas tu lebih tajam daripada selekoh nak naik parking rooftop kat Pusat Beli-belah Summit kat bandar tu tau... so, kalau rasa x pro memandu, better parking bawah je la... baik jalan kaki 1km daripada jatuh gaung, ye x?'

Kalau rajin2 pergi la melawat... sangat seronok tau... =)

**Nanti sy akan pergi lagi ke sana dan rakam semula gambar2 rumah api tu ye... =)

2 comments:

Chik Hana said...

yeay ! abgman rambut baru . hehe .

ahmad aizat_iptho said...

lagi hensem dari dulu...hehe