Seperti mana tajuk di atas, minggu ini memanglah merupakan satu minggu yang sangat penat lagi memenatkan. Kenapa ye? Ya... sebab pada minggu ini dijalankan KTP iaitu Kejohanan Trek dan Padang bagi tahun 2010. Tiga hari tanpa kuliah dengan aktiviti di padang memang memenatkan (seronok padahal) :p
KTP 2010 - mula pada 2 Mac 2010 dengan larian merentas desa. Tak dapat dipastikan kenapa namanya "merentas desa" sebab takde la mcm lalu desa. Lebih kepada lari kat tepi jalan besar 4 lorong, pastu masuk taman perumahan pastu lari tepi jalan semula. hahaha~...
Lepas penat berlari-larian ala-ala pelarian, kene gotong royong pulak untuk persiapan sukan KTP. Adehhh... penat sungguh. Sampai terbaring2 pon ade... haha~ (",)
Hari tu lebih kurang 10 tiang bendera kami pasang. Nasib baik la ada lubang bekas tiang bendera masa KTP sem lepas. So mudah sikit la kerja kami hari tu. Sebelah petang pulak ada sedikit latihan perbarisan. Nasib baik la cuma dibuat sekali je.

Dan hari kedua iaitu Rabu, ada raptai sebelah pagi. Penat ye tapi ape nak buat. Juga bernasib baik lagi sebab buat sekali juge. Dan semestinya yang diarahkan masuk perbarisan itu adalah pelajar-pelajar batch kami iaitu PPISMP Sem 2. Nak ditakdirkan sekali lagi nasib baik sebab sebelah petang takde latihan perbarisan. Pada sebelah petang tu diadakan acara saringan bagi acara-acara tertentu, contohnye lumba lari dan tarik tali.
Lihatlah kerajinan kami...... (",)
Pagi Khamis diadakan raptai penuh. Ya. Penat memang tidak dapat dinafikan. Tapi kami sebagai guru haruslah bersedia... cewah (padahal dlam hati maki2 gak)... :p . Sebelah petang pula dimulakan dengan Upacara perasmian (masa ni la perbarisannya)... dan kemudian acara-acara akhir seperti tarik tali dan lumba lari dll. Dan setelah melalui segala kesakitan itu, maka berlalulah KTP 2010 dengan jayanya... success!!! (",)
Sebelah malam pulak kitorang busy buat persiapan untuk perbarisan rumah sukan untuk hari esoknya. Takde la busy sangat. Just mula kerja lewat sebab petang tu sempat merayau-rayau kat SquareOne lagi. Seronok juga buat kerja ramai-ramai walaupun sampai tengah malam. Tiade ape yang dilakukan. Cuma lukis bendera rumah sukan dan buat maskot (tengok je padahal). :p
Lihatlah kerajinan kami...... (",)
Pagi Khamis diadakan raptai penuh. Ya. Penat memang tidak dapat dinafikan. Tapi kami sebagai guru haruslah bersedia... cewah (padahal dlam hati maki2 gak)... :p . Sebelah petang pula dimulakan dengan Upacara perasmian (masa ni la perbarisannya)... dan kemudian acara-acara akhir seperti tarik tali dan lumba lari dll. Dan setelah melalui segala kesakitan itu, maka berlalulah KTP 2010 dengan jayanya... success!!! (",)
No comments:
Post a Comment